Refine Au telah ditubuhkan pada September 2017 oleh pengarah En. Jimmy Dang. Sebagai syarikat pemurnian logam berharga yang mempunyai standard antarabangsa, Refine Au mengadopsi sistem pemurnian logam-logam berharga yang terkini untuk memenuhi permintaan perindustrian dan pasaran barangan kemas. Dilengkapi dengan teknologi terkini, kami dapat mengekstrak logam berharga daripada bijih yang dimurnikan, logam sebatian, residu, sisa buangan dan pemfailan logam.
Di Refine Au, kami memurnikan logam berharga, terutama sekali emas, di loji kami sendiri. Dengan memperolehi sumber-sumber bahan mentah dari syarikat-syarikat perlombongan yang berlainan, barangan kemas terpakai, bahan-bahan industri terpakai, kakitangan professional dan kemudahan-kemudahan yang canggih ini mengendalikan proses pemurnian emas tulen sehingga Standard 999.9%.
Pembekal sisa buangan elektronik menghantar computer-komputer dan papan-papan kekunci terpakai, telefon-telefon bimbit, peralatan perubatan dan papan elektronik. Dengan mematuhi peraturan sumber yang bertanggungjawab, Refine Au meminta pembekal-pembekal mereka untuk memperbanyakkan sumber-sumber sisa buangan elektronik untuk mengurangkan pencemaran alam yang disebabkan oleh peranti-peranti terpakai.
Analisis kimia juga terdapat di makmal Refine Au. Ini adalah untuk memastikan kami memantau kesemua prosedur dan penggunaan bahan luar adalah dilarang sama sekali.
Sebagai peneraju industri terunggul, Refine Au bangga menjadi syarikat pertama di Malaysia yang telah membeli mesin ICP dari Amerika Syarikat untuk mengesan dan mengukur unsur-unsur. Analisis kimia juga boleh dilakukan dengan menggunakan mesin Plasma yang Digabungkan Secara Induktif. Teknologi ini membantu Refine Au menganalisis dan menghasilkan logam-logam berharga berdasarkan stardard antarabangsa.
1, Jalan Selukat 33/27
Shah Alam Technology Park,
Seksyen 33, 40400 Shah Alam,
Selangor
+03-5525 5100 |
+603 5525 4400
Refine.au@gmail.com
Mon to Fri | 09.30 - 18.00